Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159500

Friday, January 25, 2013

Bukan Beluncas Saja Boleh Jadi Rama-Rama* sebuah review Juvana.


Ternyata ianya menjadi satu trend buat produksi Filmscape milik saudara Khabir Bhatia dan Mira Mustaffa dengan membikin sebuah movie hasil dari kejayaan drama bersirinya. Seperti sebelum ini, saudara Khabir pernah membikin movie Nur Kasih The Movie menjadi kesinambungan kepada drama bersirinya yang sukses. Seperti Nur Kasih, movie Juvana juga merupakan kesinambungan dari drama bersirinya yang bertajuk sama. Agak pelik juga bila produksi Filmscape tidak mahu  menggunakan title The Movie seperti yang sering dilihat pada movie-movie dari adaptasi drama atau pun kumpulan-kumpulan terkenal. Mungkin baru ada kelas kalau tak ada title The Movie. Tetapi bukan itu yang menjadi tarikan dalam movie Juvana ini.

Umum mengetahui yang OtakMovie sangat particular dalam menonton movie-movie melayu di panggung wayang. Malah movie melayu terakhir yang OtakMovie tonton adalah pada bulan lepas iaitu movie Sepah The Movie. Mungkin OtakMovie hanya akan menonton movie melayu sebulan sekali, tapi apa yang OtakMovie yakin, bulan depan akan ada dua movie melayu yang pasti OtakMovie akan tonton di pawagam. Rasanya semua pun dah tahu kot movie apakah itu. Hehe. Berbalik kepada movie Juvana, memang ianya menjadi antara movie melayu yang OtakMovie nantikan pada tahun 2013 ini. Ternyata kehadiran Juvana sebagai pembuka tirai 2013 (termasuk Minyak Dagu) merupakan satu pemangkin semangat untuk sebuah kelainan yang dinanti penonton.

Sebenarnya movie melayu kita banyak yang menonjolkan kelainan, tetapi tetap ada yang tidak berjaya. Kelainan yang ditonjolkan seakan bersikap malas dan tidak bersungguh-sungguh hingga menyebabkan kelainan dalam movie itu membuatkan kita rasa cukup menjengkelkan. Juvana tidak diarah oleh Khabir Bhatia, malahan beliau sekali lagi memberi kepercayaan penuh kepada pengarah dramanya iaitu saudara Faisal Ishak, dan saudara Faisal berjaya menunjukkan kelainan dalam sesebuah movie melayu yang sangat dinanti oleh semua penonton.

Juvana sebuah movie yang wajar ditonton. Ini kerana, ianya memaparkan sangat banyak nilai-nilai murni serta mesej yang bagus sekalipun banyak babak-babak ganas yang ditonjolkan. Kita boleh buat movie ganas, movie bertumbuk-tumbuk, movie gangster. Tetapi movie ganas yang diselitkan dengan nilai murni sangat sukar didapati. OtakMovie rasa cukup jengkel bila banyak movie berbentuk gangster, yang cuba untuk mengajar kita nilai-nilai murni dalam kekotoran kehidupan, tetapi sebenarnya lebih menggalakkan kita melakukan perkara tak senonoh. Dalam Juvana, tak ada langsung isu seksual yang cuba mengeksploitasi tubuh badan seorang wanita. Dan ini yang menyebabkan OtakMovie sangat berkenan dengan movie ini.

Nilai-nilai murni yang ditonjolkan dalam movie ini juga diterjemahkan dalam bentuk watak dan perwatakan. Seperti untuk watak Botak, serius OtakMovie katakan, inilah yang dinamakan sebagai satu watak yang kuat. Untuk movie Juvana ini, Johan Asa'ri yang melakonkan watak Botak lebih kepada watak utama daripada watak Daim lakonan Zahiril Adzim. Tapi tak bermakna watak Daim ini langsung tidak berguna. Setiap watak dalam movie ini seperti Apek, Kicap, Panjang, Ayam, Jamal, Adam dan  Komeng, masing-masing mempunyai peranan mereka yang tersendiri. Dan tiada satu watak dalam movie ini yang diletakkan tanpa sebab musabab dan saling ada pertalian antara setiap babak yang dipaparkan.

Setiap watak yang baik, pasti disajikan juga dengan watak jahat. Dan disinilah aku ingin puji tanpa henti watak Lan Todak yang dibawa oleh Sharnaaz Ahmad. Sharnaaz membuatkan aku rasa rindu akan watak jahat yang benar-benar horror seperti ini. Sudah lama rasanya kita tak disajikan dengan watak penjahat seperti ini selepas ianya dipersembahkan oleh pelakon hebat seperti Zul Huzaimy dan Que Haidar. Sharnaaz merupakan pelakon yang sangat berbakat. Kehadirannya di samping Johan Asa'ri dan Syazwan Zakaria (Apek) menonjolkan keseimbangan dalam movie ini. Mungkin ramai yang tidak suka akan cara Sharnaaz menonjolkan wataknya itu secara berlebih-lebihan dan sangat surreal, tetapi watak sebegini yang membuatkan kita sendiri berasa takut.

Kenapa tajuk entri untuk review Juvana dari OtakMovie adalah sebegini? Apa kaitannya dengan movie Juvana ini? Ini kerana, satu-satunya mesej kuat yang ingin disampaikan dalam movie ini adalah, setiap manusia, tidak kira sejahat mana, mampu juga berubah. Disini ditonjolkan watak Botak yang selepas dibasuh oleh ketua pengawal Tuan Ali (Adlin Aman Ramlie) akhirnya cuba untuk berubah walaupun dia tahun perubahan untuk menjadi seorang yang baik lebih susah berbanding sebaliknya. Ini berlaku kepada Apek yang berubah menjadi seorang taiko di sekolah Indera Sakti selepas kematian ibunya. Dan kontra perubahan watak Botak dan Apek ini menunjukkan bagaimana senang setiap manusia boleh berubah.

Sekalipun banyak perkara komen positif OtakMovie dalam movie ini, ianya tetap juga ada kelemahan. Sekalipun setiap babak yang ditonjolkan dalam movie ini mempunyai kaitan antara satu sama lain, tetapi masih terdapat juga babak yang kurang pasti akan sebab musababnya. Seperti babak rusuhan yang berlaku tiba-tiba tanpa ditunjukkan permulaannya menimbulkan sedikit tanda tanya. Dan watak Sara Ali yang sekadar diletak sebagai kakak Jamal (Syafie Naswip) tanpa sebarang sebab juga kurang jelas. Tetapi kelemahan-kelemahan ini tidak menjejaskan jalan penceritaan movie ini. Walaupun ganas, Faisal juga tak lupa nak letakkan sedikit kemanisan dengan menonjolkan sedikit babak cinta manis dari Sara (Syeira Ayob) dan Zahiril yang boleh menguntum senyuman di muka penonton. Dan keseluruhannya bagi OtakMovie untuk movie Juvana ini adalah, Botak dan Lan Todak sangat meyakinkan.

SKOR MUZIK

EFEK KHAS

LAKONAN

PLOT

RATING
Share:

Related Posts:

1 opinions:

Faiz Saaid said...

mungkin boleh jadi the best movie of the year2013