Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

Tuesday, January 22, 2013

Bila Dilepaskan Pendam Di Hati* sebuah review Django Unchained.


Siapa pernah tonton movie Kill Bill? Pulp Fiction? Inglorious Basterds? Maka sebegitu jugalah hendaknya gaya persembahan Django Unchained arahan pengarah tersohor, Quentin Tarantino. Sebut pasal tuan pengarah ni, tak sah kalau peminat movie tak pergi menonton movie arahan beliau. Kerana dalam movie-movie arahan Quentin sentiasa ditonjolkan sesuatu yang lain yang tak ada pada movie-movie lain. Kalau kita tengok movie tersebut plot ceritanya agak berterabur, lepas tu dialog dan sekuens dialognya pulak kedengaran pelik, dan watak faveret korang dalam movie tu mati pulak, ternyata memang movie dari Quentin lah tu jawabnya.

Tapi, disebabkan hampir kesemuanya movie dari Quentin bergayakan sebegini, menyebabkan OtakMovie dah bersedia akan segala kemungkinan yang bakal berlaku dalam movie ini. Apapun, ianya tak menghancurkan mood untuk menonton kerana Quentin bijak bermain dengan tema yang berlainan. Kali ini, beliau cuba bermain dengan tema penghambaan orang kulit hitam di Amerika Syarikat pada lewat kurun ke-18 pula. Dan ternyata percubaan berani beliau menjadi kerana tema tersebut sangat sesuai dengan gaya ganas Quentin menghasilkan sebuah movie.

Bersalutkan pula dengan lakonan dari Jamie Foxx sebagai Django, semakin menimbulkan keghairahan OtakMovie untuk menonton movie ini. Jamie adalah pelakon kulit hitam faveret OtakMovie selepas Will Smith. Tak usah dipertikaikan lagi lakonan pemenang pelakon terbaik Oscar ini kerana watak Django seolah-olah lahir hanya untuk dimainkan oleh Jamie. Tambah lagi pula dengan lakonan superb dari Christoph Waltz sebagai Dr King Schultz. Waltz pernah berlakon dibawah arah Quentin sebelum ini di dalam movie Inglorious Basterds sebagai Col. Hans Landa. Dan lakonanya dalam movie itu sangat dipuji oleh semua orang kerana mampu membawa seorang askar German yang pakar dalam memburu Jews. Dan selepas movie itu lah Christoph ditawarkan dengan banyak watak villain seperti dalam movie The Green Hornet dan The Water Elephant. Tapi tak sangka pulak wataknya sebagai orang baik dalam movie ini berjaya diperankan dengan berjaya.

Sekalipun movie ini dibarisi ramai pelakon-pelakon hebat lain seperti Leonardo DiCaprio (Calvin Candie), Kerry Washington (Broomhilda) dan Samuel L. Jackson (Stephen), tetapi apa yang menariknya movie dari Quentin adalah babak-babaknya. Seakan-akan satu bentuk prinsip, Quentin mesti inginkan setiap babak dalam movienya mudah diingati walaupun selepas penonton selesai menonton movienya. Dan di dalam babak-babak ini juga terselitlah dialog-dialog yang mampu menguatkan lagi jalan cerita. Ternyata setiap babak dan sekuens yang dipaparkan dalam movie ini memberi perspektif yang berbeza kepada setiap orang yang menonton.

Di dalam movie ini, Quentin tidak terlalu mencuba untuk mengupas isu penghambaan pada zaman dahulu. Malah Quentin dengan secara sengaja mewujudkan watak Dr King, iaitu seorang bounty hunter berbangsa German. Kalau diikutkan, sukar untuk melihat movie yang menonjolkan watak orang German baik pada zaman 1940an kebawah. Malahan dalam movie ini juga, Quentin sekadar ingin menunjukkan sikap amarah dan pembalasan dendam kesumat Django dalam menyelamatkan isterinya, Broomhilda dari cengkaman Calvin Candie.

Watak Calvin Candie pula telah dibawa dengan berjaya oleh Leonardo. Ternyata sekarang Leonardo ingin mempelbagaikan watak-watak yang cuba dibawanya. Dan risiko yang diambil Leonardo dengan mencuba watak tauke Candyland yang mempunyai ramai hamba abdi kulit hitam, ternyata berbaloi. Leonardo membuatkan OtakMovie menyenaraikan beliau dalam senarai aktor-aktor faveret. Pelakon lain seperti Samuel L. Jackson juga sukses dalam membawa watak orang kulit hitam bawah kaki Calvin yang membelot orang dari bangsanya sendiri.

Sebenarnya movie ini sangat ringan jalan penceritaannya. Setiap rantaian dan subplot yang ditonjolkan sangat mudah. Tetapi Quentin membuatkan kita berfikir dengan susah payah akan konklusi dalam setiap babak walhal apa yang bakal berlaku hanyalah sekuens yang memang sudah boleh dijangka. Dan seperti yang OtakMovie katakan tadi, babak-babak dalam movie Quentin ini yang menguatkan jalan cerita yang sebenarnya hanyalah biasa-biasa sahaja. Dan Django Unchained bukan lah movie rasis seperti yang disebut-sebut, cuma sedikit ganas.

SKOR MUZIK

EFEK KHAS

LAKONAN

PLOT


RATING
Share:

0 opinions: