Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159501

Monday, November 9, 2020

Harry Potter (2001-2011) - Ulasan Siri Filem

Francais Harry Potter yang dicipta penulis novel J.K. Rowling merupakan antara francais filem paling berjaya setaraf dengan francais Marvel Cinematic Universe (MCU), Star Wars dan Lord of the Rings. Harry Potter mempunyai peminat yang sangat ramai semenjak buku pertamanya dikeluarkan pada tahun 1997. Francais filem yang memfokuskan demografik kanak-kanak dan 'young adult' ini mendapat tempat dikalangan peminat seluruh dunia dan menjadi antara budaya...
Share:

Shadowplay (2019) - Ulasan Filem

Anton Shaw (Tony Eusoff), seorang penyiasat persendirian telah menerima sebuah kes kehilangan individu bernama Lamya (Julia Hartmans). Tetapi tidak disangka Anton, dalam penyiasatannya mencari Lamya sedikit sebanyak menghubungkannya dengan masa silamnya yang penuh traumatik. Anton terperangkap antara mimpi dan realiti apabila semakin dalam beliau menggali tentang misteri yang menyelubungi kes ini. Perjalanan Anton semakin jauh dari realiti apabila...
Share:

The Current War (2017) - Ulasan Filem

Pada tahun 1880, Thomas Edison (Benedict Cumberbatch) telah berjaya mencipta mentol elektrik yang bakal menggantikan lampu minyak tanah yang banyak digunakan di Amerika Syarikat ketika itu. Edison menggunakan Direct Current (DC) untuk menyalurkan arus elektrik walaupun arusnya agak terhad. Tetapi George Westinghouse (Michael Shannon), seorang usahawan memperkenalkan Alternative Current (AC) yang lebih murah dan dapat disalurkan ke kawasan yang lebih...
Share:

Changeling (2008) - Ulasan Filem

Christine Collins (Angelina Jolie) kehilangan anaknya pada tahun 1928 di Los Angeles, tetapi pihak polis LAPD berjaya menjumpai anaknya itu, cuma tak disangka-sangka, budak lelaki yang dijumpai itu bukanlah anaknya. Pihak polis mengesahkan bahawa budak lelaki itu adalah anak Christine dan melabel Christine sebagai tidak siuman kerana menidakkan perkara tersebut. Christine kemudiannya dimasukkan ke wad institusi mental secara paksa oleh ketua polis...
Share:

The Wolf of Wall Street (2013) - Ulasan Filem

Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan seorang broker saham yang jatuh sebentar selepas kejatuhan saham pada tahun 1987. Beliau bangkit kembali dengan mengasaskan syarikat Stratton Oakmont dan kembali menjadi seorang broker saham yang kaya raya. Beliau bersama kawan-kawan seperjuangannya seperti Donnie Azoff (Jonah Hill) mengamalkan gaya hidup mewah dan bergelumang dengan dunia parti, dadah dan seks sehingga menimbulkan minat pihak FBI.Sejujurnya...
Share:

The Witches (2020) - Ulasan Filem

Seorang kanak-kanak lelaki, Hero Boy (Jahzir Kadeem Bruno) hidup bersama neneknya (Octavia Spencer) selepas kematian ibu bapanya. Pada satu hari, Hero telah bertemu dengan seorang wanita misteri, dan neneknya mendedahkan bahawa wanita itu adalah seorang ahli sihir yang jahat. Neneknya kemudian memberitahu kisah tentang organisasi ahli sihir yang diketuai Grand High Witch (Anne Hathaway) dan bagaimana neneknya sebelum ini adalah seorang pemburu ahli...
Share:

Mael Totey The Movie (2020) - Ulasan Filem

Syahmi Sazli merupakan seorang 'content creator' Youtube yang terkenal dengan video-video drama spontannya yang diwarnai dengan jenaka-jenaka dari kawan-kawannya seperti Yoe dan Asif. Kini Syahmi mengorak langkah lebih jauh dengan menghasilkan filem sendiri dan ditayangkan secara berbayar di Astro First, iaitu filem Mael Totey The Movie.Mael lakonan Syahmi Sazli merupakan seorang yang lurus, ingin memikat hati Yaya (Aween Ismail) yang baru sahaja...
Share:

Tabula Rasa (2014) - Ulasan Filem

Hans (Jimmy Kobogau) merupakan seorang pemuda dari Papua yang tersadai jauh dari kampung halamannya akibat kecederaan kaki yang menyebabkannya dipinggirkan dan dibuang dari pasukan bola sepaknya. Hidup di gelandangan, Hans di selamatkan Mak (Dewi Irawan), seorang pengusaha kedai makan nasi padang masakan minang. Hans cuba bangkit kembali dan dalam waktu yang sama mempelajari serba sedikit ilmu kulinari minang dari Mak. Tetapi kehadiran Hans tidak...
Share:

The Trial of the Chicago 7 (2020) - Ulasan Filem

Selepas menonton filem ini, secara tak langsung diri menjadi senyap sekejap dan hampir satu jam tidak berbuat apa-apa, tidak menonton tv atau buat apa-apa aktiviti lain. Selama satu jam duduk diam dan terfikir-fikir serta dalam proses menghadam filem yang sangat hebat ini. Aku duduk termanggu memikirkan tentang filem ini yang membuatkan kesemua perasaan ketika menonton sedikit demi sedikit reda, barulah akhirnya mampu menarik nafas lega kerana filem...
Share:

Hubie Halloween (2020) - Ulasan Filem

Nampaknya Netflix memang gemar betul dengan Adam Sandler. Selepas filem The Ridiculous 6, The Do Over, Sandy Wexler, The Week Of, The Meyerowitz Stories dan Murder Mystery, kini muncul pula filem terbaru gabungan beliau bersama Netflix, Hubie Halloween. Sebuah filem komedi yang mempunya elemen serta rencah yang sama seperti filem-filem komedi dari Adam Sandler. Hubie merupakan seorang lelaki berpewatakan pelik sering menjadi mangsa buli penduduk...
Share:

Judy (2019) - Ulasan Filem

Renée Zellweger membawakan watak sebagai bintang lagenda Hollywood, Judy Garland pada umur 40-an di dalam filem ini. Ianya membawa kisah ketika zaman tahun terakhir dalam hayat Judy ketika beliau sedang membuat konsert di London. Persembahannya di sana semakin hari semakin merosot akibat masalah kesihatan. Diselitkan juga babak-babak imbas kembali ketika Judy masih remaja dan ketika beliau terlibat dalam penggambaran filem Wizard of Oz sebagai watak...
Share: