Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159505

Friday, December 28, 2012

Beza Antara Dua, Sama Di Dalam Tiga Era. *sebuah review Les Miserables.


Dah lama jugak rasanya aku tak tengok movie berbentuk muzikal di panggung. Melihat kelibat movie ini di Internet membuatkan aku tergerak untuk cuba menghayatinya, bertambah pula aku menonton movie ini pada waktu malam, memang moodnya sangat menhanyutkan aku.

Les Miserables merupakan sebuah novel penuh sejarah yang dikarang oleh Victor Hugo mengisahkan redemption seorang lelaki bernama Jean Valjean dan susur cerita berangkai yang meletakkan krisis revolusi Perancis sebagai tunjang serta perkembangan watak-watak dan tiga era berbeza. Novel ini telah diadaptasi kebentuk teater muzikal, filem malahan komik dengan banyak sekali. Mustahil bagi seseorang yang minat kepada seni penulisan tidak mengetahui tentang kewujudan cerita ini.

Dek kerana cerita ini telah banyak kali diadaptasikan, maka tidak banyak boleh disentuh tentang gaya penceritaan. Cukup sekadar aku nyatakan ianya tentang redemption dan rival antara Jean Valjean dan Inspektor Javert, watak Fantine dan penceritaan tentang penderitaannya dalam menjaga anaknya Cossette, yang akhirnya dijaga oleh Jean Valjean, sehinggalah Cossette membesar dan mula jatuh hati dengan Marius, seorang revolusionis muda Perancis, hinggalah kepada babak genting pertarungan antara para revolusionis dan pihak berkuasa Perancis.

Wajah baru yang ingin diberi Tom Hooper (pengarah) kepada Les Miserables ini bagi aku hanya sederhana sahaja. Aku tak pernah tengok teater muzikalnya, tetapi dalam movie muzikal ini, menariknya bagi aku adalah kerana semua dialog dalam movie ini adalah muzikal. Dari awal hingga lah akhir kita akan menghayati suara-suara merdu pelakon-pelakon Les Miserables seperti Hugh Jackman, Russel Crowe, Anne Hathaway, Sacha Baron Cohen dan Helena Bonhem Carter. Walaubagaimanapun, bagi aku yang belum pernah menonton adaptasi muzikal Les Miserables ini, agak sukar untuk men'digest' dialog muzikal pada awal penceritaan. Tetapi pada suku kedua penceritaan, aku mula terasa rentak yang cuba dimainkan dalam movie ini.

Bagi yang lain yang belum pernah juga menonton movie ini, atau adaptasi-adaptasinya yang lain, intipati cerita ini adalah sama seperti tajuknya, sangat-sangat miserables. Boleh terasa kesyahduan, keperitan dan kesedihan yang dialami karakter-karakter dalam movie ini. Bertambah pula semakin nak dekat dengan pilihan raya sekarang ni, macam kena pulak situasi yang dipaparkan dalam movie ini dengan diri kita sendiri.

Apa yang menarik lagi dalam movie ini adalah sinematografi serta kesan khas yang dipaparkan. Tom Hooper cuba menunjukkan kelainan dalam movie ini dengan menggunakan sebaik mungkin pakar dalam kesan khas dan penataan seni untuk movie ini. Maka dengan adanya setiap kesan khas ini mampu meninggalkan lagi kesan dalam hati kita. Cuma satu kelemahan dalam movie ini yang aku dapat kesan adalah dari sudut kamera. Mungkin Tom cuba menonjolkan kehebatan pelakonnya dalam single shot untuk berdialog muzikal, tetapi kekurangan aksi dalam pelakon yang sedang menyanyi sedikit meninggalkan kebosanan.

Ternyata walau apa pun kesan negatif, kehadiran elemen muzikal dalam movie ini mampu menutup kelemahan. Movie muzikal sememangnya suatu bentuk genre yang unik dan senang untuk meninggalkan kesan kepada penonton. Lihat saja movie seperti Moulin Rouge, Sweeney Todd, Mamma Mia, Wizard of Oz, Chicago, malahan movie muzikal merapu Tenacious D : Pick of Destiny juga mampu meniggal kesan kepada kita.

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING
Share:

Related Posts:

0 opinions: