Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159504

Monday, December 3, 2012

Mereka patut belajar dari sini...*sebuah review Wreck-It-Ralph.



Mantap. Itu lah secara kesimpulannya boleh aku rumuskan tentang movie ini. Sebuah kelainan yang ditunjukkan oleh Disney ini mampu membuka mata para pembikin filem bahawa movie animasi bukan sekadar picisan.

Aku sudah lama perhatikan pembuatan movie-movie animasi 3D dari Disney. Pada awalnya, agak janggal bila menonton sesebuah movie animasi Disney tanpa kolaborasi dari Pixar. Ya, Wreck-It-Ralph adalah sebuah animasi dari Disney yang total tanpa campur tangan mana-mana produksi lain. Disney yang sudah hebat dengan movie-movie 2D-nya, ya, sangat sangat hebat, kini cuba menggegar Hollywood dengan buah tangannya yang terbaru ini.

Wreck-It-Ralph adalah sebuah drama komedi mengenai sebuah kehidupan makhluk video game pada era 80an hinggalah sekarang. Kedengaran agak klise jika dibayangkan dalam movie ini terdapat watak-watak ikonik dari kehidupan video game seperti Pac Man, Street Fighter, Sonic the Hedgehog dan banyak lagi. Tetapi movie ini bukan tentang watak-watak ikonik ini. Ternyata di suku kedua penceritaan, aku dapat menyaksikan tiada kesan klise yang dapat mencacat celakan movie ini.

Ralph merupakan watak orang jahat dalam game arked Fix-It-Felix. Saban hari kerjanya adalah dengan menjadi watak jahat yang akhirnya membuatkan dia sedar akan dirinya yang ingin menjadi seorang yang baik. Di sinilah tercetusnya idea dari Ralph ingin menjadi seorang yang bukan dirinya, dan bermulalah konflik serta plot penceritaan yang menarik ketika Ralph cuba untuk mencapai pingat hero dalam video game Hero Duty yang menyebabkan kekacauan hingga terjebak ke dunia Sugar Rush. Di situlah Ralph bertemu dengan Venellope yang juga mempunyai masalah dalam dunia gamenya sendiri.

Keutuhan 4 watak utama dalam movie ini iaitu Ralph (John C. Reily), Venellope (Sarah Silverman), Felix (Jack McBrayer) dan Calhoun (Jane Lynch) sangat hebat serta saling melengkapi antara satu sama lain. Tapi secara peribadi, aku sangat tertarik dengan watak Venellope. Orang akan tertipu dengan jasad kanak-kanaknya, tetapi keletah serta pertuturannya sangat menunjukkan bahawa Venellope adalah satu watak yang sudah lama hidup dalam dunia video game.

Apa lagi yang menarik dalam movie ini adalah twist serta kejutan pada babak akhir. Jujur cakap, kehadiran plot yang twist sangat mengujakan dan tidak disangka-sangka. Movie ini juga menonjolkan babak-babak yang mampu mengundang sebak di hati penonton.

Ini bukanlah sejenis movie animasi yang boleh kita ketawa terbahak-bahak seperti movie-movie keluaran Dreamworks mahupun Pixar. Ianya lebih dari itu kerana dalam movie ini, anda akan lihat kedewasaan Disney mempersembahkan karyanya yang sangat ampuh dengan ciri keanakan, tetapi mempunyai storyline yang sangat mantap. Ini merupakan satu subjek dari Disney yang menunjukkan mereka mampu. Dan pembikin movie live action, sepatutnya belajar dari movie ini...

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING


Share:

Related Posts:

0 opinions: