Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159504

Thursday, December 27, 2012

Grafik Lebih Bagus, Tetapi...*sebuah review The Hobbit:The Unexpected Journey.



Bagi aku secara dasarnya, tajuk kapsyen 'The Unexpected Journey' ni memang tepat untuk digunakan bagi bahagian satu movie The Hobbit. Ini kerana, aku expect lebih untuk movie ini, tetapi apa yang aku dapat, sangat unexpected. Ternyata The Hobbit : The Unexpected Journey adalah sekadar movie prequel untuk Lord of The Rings yang....hanya prequel. Mungkin lambakan movie tentang fantasi, pengembaraan, adventur menjadi faktor movie ini tak dapat mengelak dari terma klise.

Tetapi kewujudan movie ini tetap berbaloi kerana ianya harus dihasilkan bagi melengkapkan empayar Middle-Earth. Mujurlah tak semua informasi diberikan Peter Jackson dalam LOTR kerana jika tidak, pasti movie ini menjadi sesuatu yang mudah di expect. Berasal dari novel kanak-kanak, The Hobbit, ianya adalah satu cerita yang mudah ala fairy tale. Tetapi kebijaksanaan Peter telah merumitkan cerita ini hingga berjaya dipecahkan kepada tiga bahagian. Akan menyusul lagi dua iaitu The Desolation of Smaug dan There and Back Again. Tetapi masih terlalu awal untuk menggunakan istilah berjaya, kita lihat saja.

The Hobbit membawa kita menyusur jalan cerita pada titik punca watak bernama Bilbo Baggins, iaitu bapa saudara kepada Frodo Baggins. Gandalf The Grey, seorang ahli sihir telah memilih Bilbo untuk menjadi ahli keempat belas The Company iaitu sekumpulan orang kerdil atau dwarfe yang diketuai Thorin Oakenshield. Misi mereka adalah untuk mengambil kembali harta dan tanah air mereka dari genggaman naga ganas Smaug. Bermulalah satu perjalanan dan disinilah mulanya cerita bagaimana The One Ring dijumpai Bilbo.

Memang kalau nak ikutkan, cerita ini sangat unik, jika dibaca dan ditonton pada bertahun dahulu. Peter sebolehnya ingin mengekalkan keaslian cerita klasik JRR Tolkien ini. Tetapi seperti yang aku nyatakan tadi, lambakan movie yang sebegini menyebabkan The Hobbit kelihatan klise walaupun novelnya telah lama dibikin. Apa yang aku boleh nyatakan hanyalah ianya adalah satu cerita yang menyeronokkan untuk kita mengimbau kembali era LOTR. Tetapi jangan sesekali kita bandingkan The Hobbit dengan LOTR kerana ianya sangat tak adil.

Satu lagi yang aku tertarik dengan movie ini adalah grafiknya. Apabila aku melihat watak CGI Azog the pale orc, sangat menggerunkan. Peter menggunakan kepakarannya sebagai pengarah yang hebat bermain CGI secara total. Bukan sekadar pada watak sahaja, malahan pergerakan kamera, sinematografi dan seni reka set sangat menakjubkan. Ini lah satu-satunya perkara yang kita tidak boleh menidakkan dalam Peter menterjemahkan dunia Middle-Earth.

Dari sudut watak dan lakonan pula, memanglah movie ini mengisahkan watak utama tajuknya, iaitu Bilbo, tapi aku merasakan tak banyak pun peranan yang dimainkan Bilbo untuk movie ini. Aku tak pernah baca novel The Hobbit, tetapi kalau sebeginilah watak Bilbo seperti dalam novel, memang aku tak boleh salahkan screen writer dalam hal ini. Tetapi memang sangat banyak babak dan dialog yang muncul dari watak Bilbo mengecewakan aku. Aku merasakan watak Thorin dan Gandalf adalah tunjang cerita ini untuk terus mengembang. Dan lagi 12 orang kerdil, Oin, Gloin, Balin, Dwalin, Kili, Fili, Bofur, Bifur, Bombur, Nori, Dori, dan Ori, tidak mendatangkan kesan langsung. Mereka ibarat watak tempelan untuk melengkapkan cerita. Malahan, aku tak dapat cam langsung nama mereka dengan muka. Mungkin Peter cuba melekapkan watak ini di hati penonton secara perlahan. 12 orang kerdil ini memang susah untuk kita digest ke dalam memori.

Sekalipun movie The Hobbit ini sangat unexpected, aku masih lagi dengan pendirian penghasilan movie ini sangat perlu. Tiada lain yang boleh menghasilkan The Hobbit sebaik Peter Jackson. Dan sekali lagi selepas 10 tahun, dalam masa dua tahun akan datang, kita akan disajikan dengan keindahan dunia Middle-Earth.

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING
Share:

Related Posts:

0 opinions: