Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159503

Wednesday, December 5, 2012

OtakPoster! : Man of Steel

Tahun depan kita akan menyaksikan movie-movie yang hebat dari Hollywood. Yang paling ditunggu sekali tentulah movie-movie dari musim panas iaitu antaranya adalah movie Man of Steel dan Star Trek Into Darkness.

Aku dah paparkan poster teaser Star Trek Into Darkness pada entri lalukini aku akan paparkan pula poster terkini yang dari movie paling dinanti-nanti tahun depan, Man of Steel. Sila nikmati:


Movie Man of Steel kembali mengangkat lagenda superhero Hollywood paling ikonik iaitu Superman. Dalam movie ini kita akan dibawa kembali pada zaman awal pembabitan Clark Kent (Henry Cavill) dalam mengenal erti pengorbanan sebagai seorang adiwira. Superman juga perlu berhadapan dengan villain paling kuat, General Zod (Michael Shannon).

Berdasarkan poster, tentunya ramai yang akan tertarik akan plot penceritaan movie Superman terbaru ini. Banyak persoalan yang ditimbul di dalam poster terbaru ini terutama sekali mengapa Superman digari, sedangkan dia dengan mudah boleh melepas kan diri, mungkin dia hanya merendah diri dan membiarkan saja perkara itu berlaku. Apa pun, movie ini turut dibintangi ramai pelakon superstar seperti Amy Adams (Lois Lane), Kevin Costner (Jonathan Kent), Diane Lane (Martha Kent) dan Lawrence Fishburne (Perry White). Sama-sama kita nantikan movie arahan Zack Snyder pada tanggal 14 Jun 2013 ini!


Share:

Related Posts:

0 opinions: