Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159505

Monday, December 3, 2012

Storyline Yang Tak BerSEPAH. *sebuah review Sepah The Movie.



Seperti Senario, tajuk movie ni takde kena mengena langsung dengan jalan cerita. Sebaliknya tajuk ini adalah tribute kepada kumpulan pelawak yang hot, iaitu Sepah. Tak dinafikan kehebatan Sepah di gelanggang Raja Lawak dan Maharaja Lawak menyebabkan mereka berhak mendapatkan paling tidak pun satu movie. Dan movie yang Sepah dapat hasil dari buah fikiran Jep ini adalah berbaloi untuk ditonton.

Apa yang penting adalah jalan cerita, tetapi jika komedinya berlebihan, tetap boleh dimaafkan. Tetapi bagi movie ini, jalan cerita dititik beratkan tanpa diendahkan sisi komedi. Inilah yang dikatakan movie komedi ringan, sejenis movie yang tidak dicacat celakan dengan plot bercampur aduk, atau babak-babak annoying, atau kewujudan perkara-perkara tak masuk akal, atau ending yang mengarut.

Sepah The Movie mengisahkan tiga anak muda yang minat dalam bidang motorcross iaitu Jep, Mamat dan Shuib. Mereka juga berkerja di satu tempat yang sama dan plot bermula sebaik mereka bertemu dengan seorang gadis jelita iaitu Ayu Sofea (Anzalna Nasir). Movie ini juga mengetengahkan watak villain yang sangat terserlah ke'Sarip Dol'an nya iaitu Based (Jehan Miskin). Bermulalah perebutan antara keempat jejaka ini terhadap si gadis jelita.

Tetapi movie ini bukan sekadar komedi tentang hal rebut merebut perempuan sahaja. Ianya lebih dari itu. Dalam movie ini lah dapat dilihat kekuatan lakonan Jep dalam bermain emosi. Pujian juga kepada Shuib yang sememangnya menjadi penggerak movie ini dengan lakonannya yang sangat selamba. Malahan Mamat juga tidak kurang hebat, tetapi boleh dikatakan beliau juga memainkan peranan sangat penting dalam movie ini sebagai seorang perantara.

 Ketiga-tiga watak ini tidak mempengaruhi antara satu sama lain, tiada watak yang terlebih mahupun terkurang. Mereka bertiga saling bekerja sama dalam melengkapi antara satu sama lain untuk mewujudkan sebuah jalan cerita yang mantap. Dan kalau diperhati kan, penceritaan dalam movie ini adalah seakan-akan movie-movie era 80-an dahulu. Sudah lama kita tidak disajikan cerita yang sebegini.

Lawak yang ditonjolkan dalam movie ini pula semestinya sebuah lawak yang sinonim dengan kumpulan Sepah. Walaupun kumpulan ini sudah berpecah, dan kehangatan lawak mereka semakin pudar, movie ini tetap mengingatkan kembali peminat pada kumpulan ini. Mungkin selepas ini Jep dan Shuib boleh buat Sepahtu The Movie pula...

EFEK KHAS

SKOR MUZIK

LAKONAN

PLOT

RATING

Share:

Related Posts:

1 opinions:

PerangFilem said...

mcm tak mengecewakan ya. Tapi citer pasal rebut perempuan ni Sepah dah buat time raya hari tu, berebut Yasmin Hani. produksi Mawi :)