Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159504

Tuesday, December 4, 2012

OtakPoster! - Star Trek Into Darkness

Aku lancarkan satu lagi seksyen di bawah blog OtakMovie ini iaitu Poster Madness. Melalui seksyen ini, pencari movie dapat menikmati poster-poster terkini dari movie terbaru dari Hollywood mahupun movie tempatan. Sememangnya kekuatan sesuatu movie itu juga terletak pada posternya. Sebab kalau poster carca merba, movie tu hebat mana pun takde orang nak tonton.

Jadi untuk poster pertama yang akan aku pos untuk seksyen Poster Madness ini adalah poster dari movie ditunggu-tunggu pada musim panas tahun depan, movie Star Trek Into Darkness.

Perkara makin hangat diperkatakan tentang movie ini. Pihak Paramount telah mengumkan bahawa trailer pertama Star Trek Into Darkness akan dikeluarkan pada waktu tayangan movie The Hobbit.  Tetapi, tanpa sebarang pengumuman, pihak produksi telah terlebih dahulu mengeluarkan poster teaser dari movie ini, sila nikmati:


Brader kat dalam poster itu adalah Benedict Cumberbatch yang sedang mengukur kerosakan yang dia bawa ke bumi. Watak villain yang akan dibawa Cumberbatch kurang jelas walaupun plot penceritaan secara ringkas telah diketahui beberapa minggu lalu. Tambahan pula, tak nampak langsung kelibat Chris Pine, Zachary Quinto, Zoe Saldana yang merupakan krew feveret Enterprise.

 Tetapi jelas sekali bentuk lubang kemusnahan yang ditunjukkan dalam poster ini adalah berbentuk logo uniform krew Starfleet Delta. Bermakna poster ini menunjukkan betapa hebatnya villain yang ditunjuk dalam movie ini. Kini semua peminat sedang menghitung hari akan tarikh tayangan movie ini, yang juga akan bersaing dengan movie Man of Steel.

-sumber dari Cinemablend.com
Share:

Related Posts:

0 opinions: