Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159504

Friday, December 28, 2012

The Most Top! : Top Ten Movie Malaysia 2012 Dengan Kutipan Paling Tinggi.




Tidak memberangsangkan, tiada yang benar-benar menarik, dan hanya sekadar lambakan. Pada hujung tahun 2011, bila aku dapat tahu himpunan movie Malaysia (maaf tak boleh nak guna Melayu lagi sebab semakin banyak movie bukan melayu yang dihasilkan di Malaysia, hebat!) pada tahun 2012 boleh mencecah ke 70 movie setahun, sudah tentu aku berasa sangat teruja dan ternanti-nanti movie-movie ini. Tetapi setelah hampir selesai tahun 2012, tiada satu pun movie dari negara kita ini mampu untuk bersaing dengan movie dari tahun 2011, (tetapi mungkin Bunohan boleh).

Kalau kita lihat pola penghasilan movie di negara kita sejak dari 10 tahun dulu memang sangat berbeza. Kalau dulu masa kecik-kecik aku ingat lagi, nak dapat tengok movie Melayu sebulan sekali pun susah. Tapi sekarang, sebulan hampir 5 movie dari negara ini di tayangkan. Ramai mengatakan 2012 adalah tahun kiamat bagi industri movie kita, tapi mungkin juga, lambakkan movie Malaysia ini adalah sekadar satu pemangkin kepada penghasilan movie yang berkualiti pada masa akan datang. Harap-harap begitulah hendaknya.

Sempena 2012 semakin menuju kepada tarikh luput, ramai peminat movie berebut untuk membuat list tentang movie faveret, movie terteruk dan macam-macam lagi list berkaitan movie pada tahun ini. Termasuk juga OtakMovie akan menghasilkan list-list sebegini. Tetapi untuk entri pertama bagi segmen The Most Top, yang berdasarkan fakta, aku akan listkan senarai movie Malaysia yang mendapat kutipan tiket tertinggi!


#1. ADNAN SEMPIT 2
RM 6.82 JUTA


#2. BOHSIA 2 : JALAN KEMBALI
RM 4.98 JUTA


#3. MAEL LAMBONG
RM 4.88 JUTA


#4. ISTANBUL AKU DATANG
RM 3.58 JUTA


#5. HANTU GANGSTER
RM 3.45 JUTA


#6. HANTU KAPCAI
RM 3.19 JUTA


#7. AKU TERIMA NIKAHNYA
RM 2.75 JUTA


#8. BUJANG TELAJAK
RM 2.60 JUTA


#9. JANGAN PANDANG-PANDANG
RM 2.51 JUTA


#10. 8 JAM
RM 2.30 JUTA



Apa pun, masih ada beberapa lagi movie yang sedang ditayangkan dan masih mengutip wang sebaik mungkin seperti Istanbul Aku Datang. Ternyata kutipan movie Malaysia untuk tahun 2012 sangat jauh berbanding pada tahun 2011. Tahun depan, banyak lagi movie Malaysia yang akan ditayangkan dan sedang menunggu tarikh tayangan. Diharap industri movie kita akan bercambah dengan lebih baik.

Sumber dari FINAS
Share:

Related Posts:

0 opinions: