Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159504

Wednesday, December 5, 2012

OtakPoster! : Monsters Unversity

Sebuah lagi movie yang bakal ditayangkan pada musim panas tahun depan, iaitu movie keluaran Pixar, Monsters University. Movie ini merupakan prequel kepada movie Monsters Inc. yang ditayangkan 11 tahun dulu. Movie ini juga menjadi antara movie yang dinanti-nantikan oleh semua penggemar animasi.

Sebelum kita mengetahui lebih lanjut tentang movie ini, apa kata kita layan dulu poster teasernya:


Persoalan yang bermain difikiran aku adalah, mampukah movie dari Pixar ini mendapat sambutan ataupun kritikan yang positif dari penonton selepas kehadiran ramai pengeluar movie animasi yang mengeluarkan movie-movie hebat.

Pixar juga kelihatan makin kekeringan idea untuk mengeluarkan movie-movie yang luar biasa, buktinya kehadiran dua movie sebelum ini iaitu Cars 2 dan Brave kurang mendapat kritikan yang positif. Pixar juga kelihatan mengambil alternatif mudah dengan membuat kesinambungan dari movie-movie sebelum ini. Dengar cerita mereka akan membikin movie Finding Nemo 2 pula...

Tapi tak apa, kehadiran movie Monsters University ini juga amat aku nantikan kerana siapa yang tak suka akan watak seperti Sulley dan Mike ini? Nampaknya kali ini kita akan dibawa pada zaman mereka belajar di kampus dahulu. Belajar macam mana nak takutkan budak lah agaknya..nice!

Share:

Related Posts:

0 opinions: