Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159501

Tuesday, September 29, 2020

Confessions (2010) - Ulasan Filem

Filem bermula dengan pendedahan dari guru sekolah, Yuko Miroguchi (Takako Matsu) di dalam kelasnya tentang kematian anaknya Manami yang dibunuh oleh dua orang pelajar di dalam kelas tersebut, Shuya Watanabe (Yukito Nishii) dan Naoki Shimomura (Kaoru Fujiwara). Tetapi Miroguchi tidak mendedahkan secara langsung identiti mereka berdua, hanya menggunakan label nama 'Student A' dan 'Student B'. Miroguchi juga memberitahu kelasnya tentang undang-undang...
Share:

Unhinged (2020) - Ulasan Filem

Di dalam dunia yang penuh pancaroba ini, setiap manusia mempunyai had limit dalam membabitkan emosi. Kalau dilihat sekarang ada sahaja kes keganasan yang berlaku sama ada di jalan raya, di rumah kediaman malahan dalam institusi kekeluargaan juga. Tom Cooper (Russel Crowe) adalah salah seorang yang terkesan dari ujian kehidupan yang memeritkan ini. Perkara ini menjadikan Tom seorang yang 'terganggu' dan cuba mencari alasan untuk melepaskan kemarahannya...
Share:

Enola Holmes (2020) - Ulasan Filem

Enola (Millie Bobby Brown) merupakan adik bongsu kepada Mycroft (Sam Claflin) dan Sherlock Holmes (Henry Cavill). Dari kecil Enola hidup bersama ibunya Eudoria (Helena Bonham Carter) dan berenggang dengan abang-abangnya. Ibunya mengajar Enola segala-galanya dari segi akademik hingga ke seni mempertahankan diri. Tetapi kehidupan Enola menuju ke konflik apabila satu hari ibunya menghilangkan diri dan memaksa Enola untuk meminta bantuan dari abang-abangnya.Enola...
Share:

Thursday, September 17, 2020

The Devil All The Time (2020) - Ulasan Filem

Membawa konsep drama 'coming of age', filem ini mengangkat kisah dua keluarga iaitu keluarga Willard Russell (Bill Skaarsgard) bersama isterinya Charlotte (Haley Bennet) dan Arvin (Tom Holland) serta keluarga Roy Laferty (Harry Melling) bersama isterinya Helen (Mia Wasikowska) dan anak perempuan mereka Lenora (Eliza Scanlen). Pelbagai tragedi terjadi antara dua keluarga ini dan takdir menemukan Arvin dan Lenora hidup bersama nenek mereka. Kisah keluarga...
Share:

Long Shot (2019) - Ulasan Filem

Charlotte Field (Charlize Theron) merupakan US Secretary of State yang berkaliber dan mempunyai kredibiliti cukup tinggi dalam bidang politik, kemudian memutuskan untuk bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru. Fred Flarsky (Seth Rogen) pula seorang wartawan yang mempunyai integriti tinggi, tetapi menghadapi dugaan selepas syarikat akhbar tempat kerjanya dibeli oleh syarikat media konglomerat, Wembley Media. Secara luaran, pasangan...
Share:

Wish You Were Here (2012) - Ulasan Filem

Dave (Joel Edgerton) dan isterinya Alice (Felicity Price) bercuti ke Kemboja bersama adik Alice, Steph (Teressa Palmer) dan kekasihnya Jeremy (Antony Starr). Ketika mereka sedang seronok berparti di pantai, Jeremy telah menghilangkan diri tanpa dapat dikesan. Mereka bertiga pulang ke rumah mereka di Australia dan cuba merungkai misteri kehilangan Jeremy.Filem ini sangat 'slowburn' penceritaan plotnya. Apa yang menarik, ianya tidak terus memberitahu...
Share:

Alive (2020) - Ulasan Filem

Joon-woo adalah seorang lelaki Korea tipikal yang sedang bermain video game di rumah tidak sedar dunia luar sedang mengalami zombi apokalips yang merebak dengan sangat cepat. Selepas menyedari pandemik zombi itu, Joon-woo tekad mengurungkan dirinya sendiri dalam rumah dan menunggu pasukan penyelamat.Cerita ni sebenarnya sangat ringkas premisnya. Ianya bermain dengan satu watak dan bagaimana watak itu cuba menjalani kehidupan seharian dan terus bertahan...
Share:

Overlord (2018) - Ulasan Filem

Berlatarbelakang Perang Dunia Kedua, tentera Pihak Bersekutu telah membongkar rahsia tentera Nazi yang sedang bereksperimen untuk menghasilkan 'immortal army' yang terdiri dari manusia-manusia yang menjadi zombi.Tema 'zombi Nazi' ni memang kedengaran sedap, tetapi apa yang dipaparkan tidaklah semegah yang difikirkan. Suasana zombi itu sendiri pun tidaklah dirasai, tetapi bila ditonjolkan 'mayat-mayat hidup' ini, memang terasa keseronokan bila menonton.Terutamanya...
Share:

Lovecraft Country (2020) - Episode 1-4 - Ulasan Siri TV

Inginkan sebuah siri yang mempunyai genre 'fantasy, monster, horror, dan adventure'? Yup, tak syak lagi ini lah sirinya. Tapi banyak je kan siri lain yang guna genre-genre macam ni. Sebenarnya berbeza sikit sebab siri ini tak menggunakan semua genre ini dalam satu episod yang sama, boleh dikatakan untuk setiap episod, semuanya berlainan genre.Pada episod pertama, genre 'monster' diketengahkan, pada episod kedua, genre 'fantasy' pula, siap ada unsur-unsur...
Share:

Thursday, September 10, 2020

Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 (2020) - Ulasan Filem

Filem yang pertama mempunyai jalan cerita yang agak menarik, tetapi sayangnya tidak berapa seram dan sedikit bosan untuk ditonton. Tetapi berbeza pula dengan filem sequel ini, jalan ceritanya langsung tidak menarik, tetapi seramnya pula yang berlebih-lebihan.Filem sekuel ini seolah sebuah filem spin-off yang ingin menunjukkan 'side mission' watak Alfie (Chelsea Islan) dari filem pertama. Plot yang tidak terlalu kuat dan terus memaparkan babak-babak...
Share:

Tuesday, September 8, 2020

Raised By Wolves (2020) - Ulasan Siri TV

Dua 'orang' android, Mother (Amanda Collins) dan Father (Abubakar Salim) ditugaskan ke planet Kepler-22B selepas Bumi musnah akibat peperangan yang dahsyat dari persilihan agama. Mereka ditugaskan untuk 'melahirkan' dan menjaga 6 orang kanak-kanak manusia di planet tersebut dan dalam waktu yang sama perlu melawan koloni manusia yang berpegang pada ajaran agama Mithraic.Siri tv fiksyen sains ini dicipta oleh Aaron Guzikowski dan Ridley Scott (francais...
Share: