Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159511

Tuesday, September 8, 2020

Bill & Ted Face The Music (2020) - Ulasan Filem


Tontonan filem Bill & Ted Excellent Adventures (1989) dan Bill & Ted Bogus Journey (1991) sememangnya perlu jika kita ingin menonton filem ketiga ini kerana ianya sebuah 'direct sequel' yang turut akan mengambil beberapa rujukan-rujukan dari filem-filem terdahulu.

Buat aku sendiri, aku sudah menonton filem yang pertama, dan ianya memang antara filem klasik yang seronok ditonton. Tetapi filem kedua aku agak samar-samar kerana tidak tonton secara menyeluruh. Jadi pengetahuan aku tentang filem kedua sedikit terencat.
Walaubagaimanapun, dengan kesedaran dan ilmu dari filem pertama, dan sedikit info dari filem kedua, aku masih mampu melayan filem ketiga ini dengan cukup baik. Ianya sebuah filem yang menghiburkan dan memberi sedikit kepuasan kepada yang inginkan lakonan lain dari lain dari Keanu Reeves.
Sebenarnya aku sendiri pun terfikir, kan bagus kalau Keanu dapat bawak balik watak 'skema' dia dari filem Bill & Ted ni. Dan bila keluar berita filem ini bakal ditayangkan, memang aku agak teruja untuk melihat bagaimana Keanu ingin membawa kembali watak ini. Ternyata beliau mampu membawa kembali watak Ted yang menjadi gelak ketawa kita dahulu.
Keserasian antara Keanu dan Alex Winter juga tidak lekang dan tidak ada bezanya dari filem B&T yang terdahulu. Bila kita menonton filem ini, secara automatik memang akan menggamit kembali memori duo dinamik ini. Oh ya, tak dilupakan juga anak-anak mereka, Billy (Samara Weaving) dan Thea (Brigette Lundy-Paine) yang turut memberikan persembahan yang cukup bagus. Aku rasa macam dah ada crush pulak dekat Brigette ni dan ingin menantikan lakonan-lakonannya akan datang.
Ambil kira sudut komedi pula, aku rasa aku paling kuat ketawa bila ada babak membabitkan Dennis Caleb McCoy lakonan Anthony Carrigan. Watak ni memang 'out of nowhere' kemunculan dia, dan aku memang tak jangka wataknya sebegitu. Manakala babak ketika B&T berjumpa dengan diri mereka pada masa depan, sayangnya hanyalah biasa-biasa sahaja. Tak cukup untuk memberi impak komedi yang kuat pada aku.
Secara keseluruhannya, filem ini tidak terlalu berusaha keras untuk cuba mengatasi filem-filem yang terdahulu. Ini kerana ianya sebuah sambungan dan penutup bagi francais Bill & Ted dan jalan ceritanya walaupun sedikit sebanyak mengambil semangat filem lama, tetapi memberikan satu plot yang berbeza. Satu lagi perkara menarik dalam filem ini adalah nilai-nilai positif dan optimis yang ditunjukkan oleh Bill, Ted, Billy dan Thea.
“SOMETIMES THINGS DON’T MAKE SENSE UNTIL THE END OF THE STORY.”
Share:

Related Posts:

0 opinions: