Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159511

Tuesday, September 8, 2020

An American Pickle (2020) - Ulasan Filem



Pada tahun 1919, Herschel Greenbaum telah terjatuh ke dalam jeruk timun (pickle brine) dan kondisi badannya kekal tidak dijamah usia hingga ke 100 tahun hadapan. Pada tahun 2019, Herschel yang 'hidup kembali' bertemu dengan satu-satunya keturunannya, Ben Greenbaum (Seth Rogen) dan pelbagai perkara lucu dan menarik berlaku antara mereka berdua.

Hollywood memang terkenal dengan konsep idea 'What If' sebegini, mungkin pada era 80an dan 90an konsep sebegini kelihatan cukup segar dengan jalan cerita yang 'evergreen'. Tetapi buat masa kini, idea-idea sebegini seolah gah dan menarik dari segi idea sahaja, tetapi lemah dalam pelaksaan plot dan jalan cerita.
Begitu juga dengan filem ini yang tidak terlepas dari konsep yang menarik, tapi sayangnya jalan ceritanya biasa sahaja. Tidak cukup 'ambitious' dan hanya mengitar semula jalan cerita komedi yang selalu dihidangkan.
Mungkinlah ada beberapa motif dan mesej yang ingin disampaikan, lebih-lebih lagi yang keluar dari mulut Herschel tentang isu politikal, pandangan agama dan pendapat konservatif memberi sedikit tamparan manja pada Amerika Syarikat dan dunia moden, tetapi tidak cukup memberikan impak yang kuat pada keseluruhan filem.
Dipenghujungnya, ianya hanyalah sebuah 'feel good' komedi yang memperlihatkan kebolehan seorang pelakon komedi berlakon dengan diri sendiri.
Rating Peribadi: 3/5
Share:

Related Posts:

0 opinions: