Siri yang ditunggu-tunggu kini kembali dengan 3 episod pertama yang ditayangkan pada 4 September lepas. Nampaknya musim kedua ni lebih ganas, lebih 'bloody' dan watak Homelander yang dah 'established' sebagai seorang yang sadis dan kejam tidak disembunyi-sembunyikan lagi.
Boleh dikatakan masa tengok cerita ni, rasa gerun dan ngeri tu ada, macam tengok cerita seram pulak. Sebab setiap sekuens pasti akan ada babak yang mengejutkan, lebih-lebih lagi yang membabitkan watak Homelander yang memang sangat kejam dan tak berperikemanusiaan.
Siri ini berjaya menanamkan rasa takut dalam hati audiens terhadap individu yang mempunyai kuasa luar biasa. Kita sendiri pun boleh 'relate' sekiranya individu yang berkuasa ini 'corrupt' dan hanya mementingkan imej dan diri sendiri.
Episod pertama siri ini menceritakan tentang kesinambungan episod akhir musim pertama dimana geng-geng The Boys di dalam persembunyian dari kumpulan superhero The Seven. Siri ini juga tidak terus menceritakan apa yang terjadi kepada Billy Butcher selepas dapat tahu isterinya masih hidup. Pada episod kedua barulah diceritakan serba sedikit tentang apa yang terjadi pada Billy.
Stormfront merupakan superhero terbaru yang menyertai The Seven. Walaupun dari luaran nampak watak ini tidak mempunyai motif yang sangat teruk, tapi pada episod ketiga akan ditunjukkan bagaimana Stormfront ini sama juga sadis seperti Homelander, tetapi pendekatannya yang lebih terbuka dan lantang.
Rasanya jalan cerita The Deep yang sedikit tidak memberi kesan pada penceritaan, dan dirasakan ceritanya ini tidak begitu menarik sangat. Mungkin akan ada cerita yang lebih lagi untuk disampaikan pada episod-episod akan datang. Billy pula ditunjukkan mempunyai ketegangan dan pertelingkahan dengan Hughie. Tetapi secara keseluruhan, The Boys memberikan satu pengalaman baru dalam genre superhero yang popular sekarang.
Siri The Boys musim kedua ini mempunyai 8 episod kesemuanya dan sedang ditayangkan di Amazon Prime.
Rating Peribadi: 4/5
0 opinions:
Post a Comment