Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159511

Tuesday, September 8, 2020

Cobra Kai (2018-) - Ulasan Siri TV


Siri ini sebenarnya sudah lama ditayangkan di Youtube Premium sejak tahun 2018 lagi. Tetapi baru tahun ini baru ditayangkan di Netflix. Musim ketiga bakal ditayangkan pada tahun 2021. Ianya merupakan kesinambungan dari filem Karate Kid pada tahun 1984 di mana menyaksikan watak pembuli dalam filem itu iaitu Johnny Lawrence (William Zabka) menjadi watak utama dalam siri ini dan sepanjang siri menyaksikan sudut pandangan Johnny disamping pertelingkahan tradisinya dengan Daniel LaRusso (Ralph Macchio).

Johnny yang kini sudah berumur 50an, terkesan dengan kekalahannya kepada Daniel di pertandingan karate 30 tahun lalu. Johnny kemudiannya nekad untuk membuka kembali dojo karate yang pernah disertainya dulu, Cobra Kai.
Untuk musim pertama, kita disajikan dengan cerita bagaimana Johnny ingin membangunkan dan membersihkan kembali nama Cobra Kai yang tercemar. Johnny merekrut Miguel Diaz sebagai anak didiknya, kemudian beberapa pelajar yang sering dibuli di sekolah menyertai dojonya itu. Musim ini juga menunjukkan bagaimana Daniel dihantui masa silam sebaik Cobra Kai diwujudkan kembali.
Pada musim kedua pula menunjukkan Daniel yang ingin menumpaskan dojo Cobra Kai dengan membina dojonya sendiri, Miyagi-Do sempena memperingati senseinya, Mr Miyagi. Dalam musim ini juga ditunjukkan perubahan drastik pelajar-pelajar Cobra Kai yang dahulunya sering dibuli, kini menjadi antara yang digeruni.
Siri ini tidak lari dari menggamit memori audiens yang dekat dengan filem Karate Kid. Kita tahu filem Karate Kid ini antara 'childhood memories' bagi mereka yang menyelami zaman 80an. Tetapi dengan membawa cerita dan genre yang lebih fresh menjadikan siri ini antara siri terbaik pernah aku tonton. Agak susah juga sekarang untuk aku melekat depan tv menonton sesebuah siri dari episod ke episod. Tetapi siri ini memberikan jalan cerita yang membuatkan aku semakin tertarik dan tertunggu-tunggu dengan konflik yang dipaparkan.
Rasanya kalau nak ditanya apa perkara paling menarik ditunjukkan dalam siri ini, sudah tentu perkembangan wataknya. Di sini aku ambil dua watak, Robby Keene, anak kepada Johnnny, dan Eli atau Hawk, pelajar Johnny yang sebelum ini seorang yang 'skema' dan sering dibuli. Dari musim pertama hingga kedua, dapat disaksikan transformasi 360 darjah watak-watak ini. Watak Hawk memang berkembang dengan sangat drastik, dari seorang yang sering dibuli, hinggalah menjadi seorang yang sangat berkeyakinan tinggi dan dalam waktu yang sama, tidak dapat mengelak diri sendiri dari menjadi pembuli.
Siri ini juga menekankan dua gaya karate yang berbeza, iaitu gaya 'offense' yang ditunjukkan Johnny dalam Cobra Kai, dan gaya 'defense' yang ditunjukkan Daniel dalam Miyagi-Do. Johnny mengajar anak-anak muridnya tentang keyakinan, menjadi seorang pemenang, rebut peluang yang ada. Manakala Daniel pula mengajar tentang keseimbangan, pertahanan dalam hidup dan tidak menggunakan kekasaran dalam hidup.
Konflik yang ditunjukkan dalam siri ini juga sangat menarik hingga kita akan rasa teruja untuk mengetahui apa yang akan berlaku selepas ini. Musim kedua berakhir dengan plot cerita yang tergantung dan ya, membuatkan aku sendiri tidak sabar untuk menunggu musim ketiga! Jika dulu ada yang tidak menonton siri ini kerana ditayangkan di Youtube Premium, tapi kali ini anda tiada alasan lagi untuk skip siri ini yang ditayangkan di Netflix.
Siapa yang pernah layan How I Met Your Mother, mesti ingat babak William Zabka dan Ralph Macchio yang muncul dalam satu episod. Dalam episod ni, Barney Stinsons memberitahu kawan-kawannya, Johnny Lawrence adalah 'the karate kid' yang sebenar, dan Daniel LaRusso adalah 'villain' sebenar. Agaknya siri Cobra Kai ni mendapat ilham dari episod ni kot. Haha.
Strike First!
Strike Hard!
No Mercy!
Share:

Related Posts:

0 opinions: