Ulasan Filem dan Siri Televisyen

Total Pageviews

159509

Tuesday, September 8, 2020

Mulan (2020) - Ulasan Filem


Filem Mulan menyambung tradisi Disney dalam mereka semula filem-filem animasi klasik mereka ke bentuk 'live action'. Bezanya kali ini, mungkin atas sebab teknikal, filem ini langsung tiada babak muzikal dan watak Mushu tidak membuat kemunculan.

Apapun, berbeza dengan Lion King yang jelas 'carbon copy' filem animasinya, filem ini masih ingin memberikan kelainan dengan plot yang masih sama. Filem ini juga kelihatan lebih ke arah epik fantasi dengan mengetengahkan elemen-elemen magis seperti watak Xian Lang lakonan Gong Li yang mengamalkan sihir. Begitu juga watak Mulan yang ditunjukkan mempunyai 'chi' yang kuat dan hampir sama seperti Xian Lang. Ibarat nak kata Mulan kali ni macam ada superpower la gitu.
Tak dapat jugak nak elak dari merasakan seperti filem ini kurang sesuatu. Babak-babak yang dipaparkan kebanyakkannya agak anti-klimaks dengan dialog-dialog yang tidak berapa kuat. Sekuens antara babak jugak seperti tidak berhubung dengan baik antara satu sama lain.
Tetapi filem ini masih lagi wajar ditonton di panggung wayang, kerana ianya memang dibikin untuk tontonan di skrin yang besar. Sinematografi dan nilai produksi filem ini sangat tinggi sekalipun babak perangnya tidaklah gah mana. Jalan cerita dengan mengetengahkan isu 'kuasa wanita' bukanlah sesuatu yang kita tidak pernah lihat sebelum ini.
"My journey was impossible, but it is my duty to protect my family."
Tonton video review filem ini: https://youtu.be/h7TvSPQttbI
Rating Peribadi: 3.5/5
Share:

Related Posts:

0 opinions: