Greta (Lauren Cohan) mendapat pekerjaan sebagai pengasuh di sebuah rumah keluarga Heelshires di England. Setibanya di kediaman keluarga tersebut, Greta terkejut kerana yang perlu dijaganya bukan lah seorang kanak-kanak, tapi sejenis patung budak lelaki porselain yang dijaga seperti budak lelaki sebenar oleh Mr. dan Mrs Heelshires. Anak patung yang bernama Brahms ini perlu dijaga oleh Greta sepanjang ketiadaan pasangan Heelshires ini dan Greta cuma perlu mengikut sepuluh peraturan sahaja. Malcolm (Rupert Evans) memberitahu Greta bagaimana patung Brahms ini muncul sebaik Brahms yang sebenar, anak kecil Heelshires meninggal dalam kebakaran di rumah tersebut.
Thursday, January 14, 2021
The Boy (2016) - Ulasan Filem
Tiada apa-apa yang istimewa untuk filem seram ini walaupun pada pengakhirannya cuba ingin memberikan satu pendedahan yang kononnya boleh mengejutkan penonton. Tapi sebaliknya pendedahan tersebut boleh menimbulkan perasaan tidak senang kepada mereka yang mengharapkan sebuah jalan cerita seram yang telah disuap dari awal filem. Walhal suapan tahap keseraman yang cuba disampaikan dari awal itu pun tidak seberapa mana.
Tak tahu di mana silapnya bila filem ini terlalu ingin menggunakan plot penceritaan yang selamat tanpa bermain dengan konflik yang mampu mencabar perwatakkan watak-watak dalam filem ini. Ianya sebuah filem seram yang terlalu tipikal dengan memaparkan elemen-elemen yang kerap kali dikitar semula oleh filem-filem seram yang lain. Mungkin penonton sendiri boleh membuat permainan dengan menjangka apakah yang akan berlaku dalam setiap babak yang akan terjadi. Kerana semuanya memang sangat boleh dijangka!
Apabila tahap keseraman ini tidak kesampaian dari awal filem, maka pendedahan 'konon plot twist la tu' menjadikan pengalaman menonton filem seram ini amatlah membazir masa sahaja. Ada sedikit 'back story' Greta yang boleh dikaitkan sedikit dengan Brahms tetapi itupun tidak mampu menyelamatkan jalan cerita yang seperti porselain juga, mudah retak seribu tanpa boleh dibaiki lagi.
"You wouldn't hurt me, would you Brahms?"
Rating Hady: 2/5
Sumber tontonan: Netflix Malaysia
0 opinions:
Post a Comment