TAHUN: 2011
PENGARAH: Brett Ratner
LAKON LAYAR: Ted Griffin, Jeff Nathanson
PELAKON: Ben Stiller, Eddie Murphy, Michael Pena, Matthew Broderick, Casey Affleck, Alan Alda, Tea Leoni
GENRE: Komedi
BAHASA: Bahasa Inggeris (US)
DURASI: 104 minit
SUMBER TONTONAN: Netflix
Josh Kovaks (Ben Stiller), seorang pengurus bangunan The Tower bersama-sama staffnya terpaksa berhadapan dengan kenyataan Arthur Shaw (Alan Alda), seorang penghuni di bangunan itu telah didakwa oleh FBI atas kesalahan menyeleweng wang atau dalam erti kata lain, seorang scammer. Yang menjadikan masalah apabila Kovaks telah menyuruh Shaw untuk melaburkan duit pencen staff-staffnya dan ada juga staff yang lebur wang simpanan akibat penipuan Shaw. Josh meminta pertolongan Slide (Eddy Murphy) untuk merangka pelan merompak duit Shaw sebanyak USD20 juta yang dijangkanya terdapat di penthouse Shaw di The Tower.
Untuk filem ini Ben Stiller tidak menggunakan kawan-kawannya dari kumpulan 'Frat Pack'. Malahan gabungannya bersama Eddie Murphy, Casey Affleck, Matthew Broderick dan Michael Pena memberikan satu aura atau nafas yang segar sedikit sekalipun lawak jenaka yang ditunjukkan dikalangan mereka hanyalah dalam kuantiti yang minimum sahaja. Tetapi masih menarik melihat pelakon-pelakon komedi ini cuba membawakan watak komedi yang lain dari apa yang mereka pernah bawakan sebelum ini.
Sekalipun mempunyai jalan cerita sebuah filem rompakan, ianya bukanlah seperti filem Ocean Eleven atau Italian Job, kerana dalam plot filem ini terlalu banyak menggunakan eskapism seperti 'insiden kebetulan' yang memudahkan kerja-kerja rompakan. Mungkin disitu logiknya timbul kerana mana mungkin seorang pengurus bangunan dan perompak picisan mampu merangka pelan untuk merompak USD20 Juta. Apa pun, filem ini masih lagi berfungsi sebagai sebuah filem 'guilty pleasure' untuk kita mengisi masa lapang.
"We're not criminals. We don't know how to steal..."
RATING: 3/5
0 opinions:
Post a Comment